Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Syarikat Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)
IPOH, 01 Februari 2019 - Pihak Syarikat Percetakan Nasional Malasia Berhad (PNMB) menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM19,465.00 bagi tahun berakhir 2017 yang disempurnakan oleh Encik Mohd Yusoff bin Yahaya, Branch Head bahagian Ipoh serta pegawai-pegawai dari PNMB Puan Sharifah Norkhalida binti Syed Aadnan (Area Key Account Manager), Puan Nur Atikah binti Mohd Ashruf (Key Account Management), Encik Armiza bin Rajmi (Key Account Management), manakala pihak Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) diwakili oleh Tuan Haji Mohd Haidi Bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIPk telah menerima zakat perniagaan tersebut dan disertai Encik Ahamad Nazim bin Md. Tajuri Pengurus Besar Bahagian Pemasaran, En Mohd Azmir bin Yahaya Penolong Pengurus Bahagian Pemasaran dan Encik Mohd Arifullah bin Mashudi Penolong Pengurus Bahagian Pemasaran.Semoga dengan kesempurnaan kewajiban ini, perniagaan yang diusahakan oleh Syarikat Percetakan Nasional Malasia Berhad (PNMB) bertambah maju dan berkembang dengan lebih jayanya.