Taklimat Zakat di BSN Ipoh
Ipoh, 19 November 2013 - Ustaz Munawir bin Mohamed Noh dari Unit Dakwah dan Promosi, Bahagian Zakat, MAIPk telah mengadakan taklimat zakat di Bank Simpanan Nasional Ipoh. Topik-topik meliputi Pengenalan kepada jenis -jenis zakat, golongan- golongan asnaf,agihan kepada asnaf dan isu-isu berkenaan zakat. Pihak MAIPk sentiasa mengalu-alukan sebarang permintaan atau jemputan dari mana-mana pihak untuk mengadakan ceramah atau taklimat zakat demi untuk menyampaikan maklumat berkenaan zakat kepada pihak organisasi sama ada kerajaan atau swasta. Satu bentuk kerjasama strategik antara MAIPk dan institusi kewangan.