Kaunter Penerangan Zakat di Maybank Jelapang
Jelapang ,19 November 2012 - Isnin, Unit Promosi dan Dakwah, Bhg Zakat, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak telah membuka kaunter penerangan zakat di premis Maybank, Jalan Silibin, Jelapang. Iainya telah memberi kemudahan kepada pengunjung yang berurusan dengan bank dan pada masa yang sama ingin mendapatkan maklumat berkenaan zakat. Risalah zakat juga telah diedarkan kepada orang ramai yang datang untuk mendapatkan info zakat. Satu kerjasana strategik antara MAIPk dan bank-bank komersial dalam memperkasakan amalan berzakat. Pegawai MAIPk yang terlibat ialah Encik Muhammad Izzat Naqiuddin bin Abdul Kadir.