Lembaga Tabung Haji Serah Zakat RM3.9 Juta
IPOH, 28 FEBRUARI 2018 - Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Lembaga Tabung Haji telah berlangsung di Dewan Persidangan Tingkat 5, Kompleks Islam Darul Ridzuan. Lembaga Tabung Haji telah melaksanakan pembayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2017. Tuan Haji Rozimin bin Ahamed Kamil, Pengarah Lembaga Tabung Haji Negeri Perak telah menyerahkan cek zakat perniagaan tersebut berjumlah RM3,967,179.16 kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Dato Dr. Amiruddin bin Muhamed. Semoga dengan penyerahan cek zakat perniagaan ini organisasi dan perniagaan pihak Lembaga Tabung Haji terus berkembang maju dan golongan asnaf dapat terus dibela.