Rumah Sewa Tertunggak Selama 6 Bulan
Ipoh, 22 Januari 2018 - Rentetan daripada rondaan sekitar pekan Ipoh, Skuad Prihatin Asnaf (SPA) telah mendapat panggilan telefon daripada Dato KPE dan seterusnya pergi menziarahi sebuah keluarga disini iaitu Encik Mohamed Sa'ad bin Mohamed 68 tahun yang menghadapi masalah sewa rumah telah tertunggak berjumlah RM300 (RM60 x 5 bulan). Walaupun ada menerima bantuan kewangan bulanan RM450 sebulan namun masih menghadapi masalah kerana ada menanggung 2 orang cucu lelaki yang masih bersekolah.
Sehubungan permasalahan yang dihidapinya, pihak SPA MAIPk telah memberi sumbangan kewangan bagi meringankan beban yang ditanggung.
(Sumber: FB Zakat Perak-MAIPk)