Bengkel Dan Taklimat Fasil Persempadanan Kariah Masjid Daerah Hulu Perak
GERIK, 05 Disember 2017 Bahagian Hartanah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menganjurkan Bengkel dan Taklimat Fasil Persempadanan Kariah bagi masjid-masjid dalam Daerah Hulu Perak dengan melibatkan 35 buah masjid dalam daerah Gerik dan Pengkalan Hulu.Bengkel ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat dari jawatankuasa masjid berkaitan sempadan kampung bagi menentukan sempadan kariah masjid masing-masing. Persempadanan ini penting untuk memastikan setiap masyarakat mengetahui penempatan mereka berada di bawah pengawasan sesuatu kariah.