Program Jejak Asnaf MAIPk Di Daerah Lenggong
LENGGONG, 07 Ogos 2017 MAIPk terus mengadakan program Jejak Asnaf dan pada kali ini diteruskan di Daerah Lenggong. Program yang turut disertai oleh Pengurus Besar Bahagian Agihan dan Zakat MAIPk iaitu, A.F Ustaz Bakri bin Lee telah menyantuni dan menziarahi 6 buah keluarga di 2 mukim daerah Lenggong iaitu Temelong dan Durian Pipit. Sepanjang program ini, keperluan mereka telah dikenalpasti dan sumbangan awal kewangan telah disampaikan untuk meringkan beban. Selain itu, pihak MAIPk juga mengenalpasti beberapa bantuan seperti bantuan baik pulih,bina rumah serta bantuan kewangan bulanan kepada 6 buah keluarga tersebut. Bantuan baik pulih dan bina rumah diperlukan oleh asnaf-asnaf dikawasan ini kerana kebanyakan rumah kampung yang sudah lama tidak diselenggara dengan baik dan boleh membahayakan asnaf yang tinggal disitu.