Program Jejak Asnaf Daerah Batu Gajah
11 Julai 2017, Batu Gajah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak melalui pejabat cawangan Batu Gajah telah mengadakan Program Jejak Asnaf. Sepanjang program yang turut disertai Skuad Prihatin Asnaf MAIPk yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Dr. Amiruddin Bin Muhamed, sebanyak 11 buah rumah telah diziarahi dan disantuni.
Objektif program ini adalah bertujuan untuk mencari dan membantu mana mana golongan yang memerlukan seperti warga emas dan ibu tunggal. Sepanjang program ini, beberapa jenis bantuan telah disalurkan seperti bantuan segera dan bantuan baikpulih serta bantuan bina rumah. Selain itu, bantuan kewangan bulanan dan bantuan pendidikan turut diberikan kepada mereka yang layak.