Jejak Asnaf Daerah Ipoh
Ipoh, 5 Jun 2017 Skuad Prihatin Asnaf MAIPk telah melakukan ziarah dan menyantuni beberapa orang asnaf di sekitar Chemor. Objektif program ini adalah untuk menyalurkan bantuan segera kepada asnaf. Selain itu, hasil daripada ziarah ini, pelbagai skim bantuan lain turut akan disumbangkan seperti bantuan baik pulih rumah, bantuan kewangan bulanan dan bantuan perubatan.