Program Jejak Asnaf Daerah Parit Buntar
4 Mei 2017, Parit Buntar Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak melalui pejabat cawangan Parit Buntar telah mengadakan Program Jejak Asnaf Daerah Parit Buntar. Sepanjang program yang turut disertai Skuad Prihatin Asnaf MAIPk ini, sebanyak 11 buah rumah telah diziarahi dan disantuni.
Objektif program ini adalah bertujuan untuk mencari dan membantu mana mana golongan yang memerlukan seperti warga emas dan ibu tunggal. Sepanjang program ini, beberapa jenis bantuan telah disalurkan seperti bantuan segera dan bantuan baikpulih dan bina rumah. Selain itu, bantuan kewangan bulanan dan bantuan pendidikan turut diberikan kepada mereka yang layak.