• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Dari Kegelapan Dia bangkit dengan Keimanan Testimonials

Medan Gopeng, 22 November 2016 - Penulisan ini kami kongsi untuk tatapan umum setelah mendapat keizinan beliau. Ia dikongsikan kepada pegawai kami ketika menjalankan Ops Jejak Niaga di Ipoh.

Ketika memulakan perniagaannya, beliau sering sambil lewa menjalankan tanggungjawab agama. Solat sering ditinggalkan apatah lagi melaksanakan ibadah zakat. Setelah bertahun-tahun berlalu, beliau digerakkan hatinya dengan kesedaran untuk bersolat dan berzakat.

Ketika temuramah berlansung, berulang kali beliau menyebut tentang pensyariatan solat dan zakat, beserta Surah al-Mukminun yang dibacakan dan dengan ayat-ayat berkaitan.

Tahun pertama berzakat, perniagaannya berjalan seperti biasa. Memasuki tahun kedua setelah akaun perniagaannya disemak, beliau tanpa lupa segera untuk mengira zakat perniagaan dahulu sebelum mengira tolakan cukai yang kena dijelaskan.

Apabila dikira zakat yang perlu dibayar meningkat, sekaligus beliau tersedar bahawa sesungguhnya terdapat peningkatan keuntungan dalam perniagaannya berbanding tahun yang lepas. Jika sebelum ini hasil perniagaannya seperti tak nampak dan sering tidak cukup, malah tahun kedua ini (setelah membayar zakat tahun pertama yang lalu), beliau tersedar bahawa dia dapat membantu keluarganya lebih banyak lagi. Juga pekerja-pekerja yang bermasalah kewangan pun sering meminta pertolongannya. Bahkan bukan itu sahaja, beliau juga mampu membina tandas baru untuk mertuanya yang sakit dan lain-lain bantuan walaupun beliau sedar tanggungjawab tersebut bukan perlu dipikul ke bahunya.

Tahun ke tahun perniagaannya semakin meningkat sehinggalah pada masa kini. Dari modal pertama yang amat kecil ketika memulakan perniagaan, keuntungan kasar tahunan kini adalah sebanyak RM6 angka setahun. Yang lebih menguatkan tekad beliau menjelaskan zakat perniagaannya, adalah kemudahan-kemudahan dalam operasi yang berjalan lancar dan tidak terlalu membebankan. Baik rungutan dari pelanggan-pelanggan, masalah pekerja, bayaran utiliti, kemudahan-kemudahan dalam pentadbiran lesen dan sebagainya bahkan kualiti keluarganya yang semakin baik.

Walaupun beliau ada terdengar Berita-berita Viral yang tidak benar tentang Pusat-pusat Zakat di Malaysia, beliau tetap yakin dan percaya bahawa tentunya syariat Allah ini jika dilaksanakan dengan penuh keimanan, ia bukan sahaja akan memberi manfaat kepada Ummah lainnya, bahkan tentunya balasan Allah itu jelas pada diri kita sendiri juga.

(Sumber : FB Zakat Perak-MAIPk)




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.