Lawatan Kerja MAIPk Ke Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)
PEKAN, 15 November 2016 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menjalankan lawatan kerja ke Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang terletak di Pekan, Pahang. Seramai 16 pegawai MAIPk menyertai lawatan ini yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Tuan Mohd Haidi bin Sulaiman. Ketibaan deligasi MAIPk di sambut oleh YH. Dato Ahmad Hairi bin Hussain, Setiausaha MUIP beserta pegawai-pegawai MUIP.
Lawatan kerja ini dijalankan bagi tujuan berkongsi maklumat dan pengalaman berkaitan pengurusan dan pembangunan hartanah MUIP serta pengurusan dan pentadbiran Zakat di MUIP.
Selain itu, deligasi MAIPk juga diberi kesempatan melawat Kompleks Asnaf milik MUIP yang dibangunkan di atas tanah Wakaf di Kampung Pahang, Kuantan. Kompleks Asnaf ini diuruskan oleh Dato Haji Bakar bin Mamat selaku Pengurus sambil dibantu oleh 4 orang staf. Pembangunan Kompleks Asnaf ini adalah bertujuan sebagai penempatan asnaf secara tetap atau sementara seperti golongan asnaf yang tidak mempunyai tempat tinggal atau tidak berkemampuan,golongan muallaf dan orang-orang yang ditimpa bencana.
Lawatan kerja ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak dan seterusnya mencapai visi dan misi yang ingin dicapai.InsyaAllah.