Wang Zakat ringankan beban asnaf
Alhamdulillah, permohonan Muhammad Irfan Johan bin Johari, 21 tahun bagi bekalan 3 pasang kasut sekolah biomachanics telah diluluskan melalui mesyuarat JKBMP.
Sebagai makluman, pemohon mempunyai masalah bilateral pes planus with accesory navicular bone. Disebabkan penyakit yang dialaminya pemohon tidak boleh berjalan atau berdiri dalam jangka masa yang lama kerana kesakitan dikaki. Doktor pakar dari Klinik Orthopedik & Klinik Rehabilitasi HRPB mengesahkan penyakit yang dialami ini adalah kekal sepanjang hayat.
Terima kasih kepada pembayar zakat. Dengan bayaran zakat anda di MAIPk, asnaf yang memerlukan bantuan perubatan dapat dibantu dan didoakan semoga kesihatan Muhammad Irfan Johan beransur pulih seperti insan biasa.