Kursus Pembangunan Hartanah MAIPk
IPOH, 15 September 2016, Dalam usaha memperkasakan dan memantapkan pegawai-pegawai MAIPk dengan pengetahuan dan kemahiran dalam aspek-aspek pembangunan dan undang-undang hartanah, satu Kursus Pembangunan Hartanah telah diadakan. Kursus tersebut telah diadakan di Kinta Riverfront Hotel & Suits, Ipoh telah dihadiri oleh pegawai-pegawai MAIPk dari Bahagian Pelaburan dan Pembangunan Hartanah, MAIPk serta Pegawai Baitulmal Daerah. Di antara initipati kursus tersebut ialah undang-undang berkaitan pembangunan tanah, bentuk pelupusan tanah dan isu-isu yang melibatkan tanah. Kursus tersebut turut dihadiri oleh Dr. Amiruddin bin Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk dan Puan Hajah Wan Maizura binti Wan Zahari, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk (Pembangunan). Sesi kursus telah disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Aziz bin Ismail yang mempunyai pengalaman 35 tahun berkhidmat di Pejabat Tanah Dan Galian sebelum bersara.
Semoga kursus yang diadakan dapat memberikan output yang terbaik dalam memastikan pencapaian dari aspek yang melibatkan pembangunan hartanah MAIPk adalah mencapai sasaran yang ditetapkan.