• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Hati siapa yang tidak tersentuh

Bagan Serai, 23 Ogos 2016 - "Apabila kami menolong mereka, tak ada di hati kecuali rasa hiba. Saya membayangkan saat ini, seandainya orang tua itu adalah saya, tentu saat ini saya akan sangat mengharap pertolongan dari sesiapa...." begitu luahan salah seorang pegawai zakat kami yang melakukan siasatan dan pencarian asnaf dilapangan.

Ketika pegawai kami memberikan bantuan segera berupa wang ringgit dan beras, betapa panjang doa dan sikap tunduk syukur yang dizahirkan. Seorang ibu tunggal berusia 90 tahun, tinggal seorang diri di rumah. Alangkah beruntungnya pemberi-pemberi zakat. Anda didoakan oleh asnaf yang menerimanya. Sesungguhnya doa bagi mereka yang kesukaran tiada hijab buatnya.

Zakat dapat mengenyangkan perut yang sedang lapar. Zakat dapat memudahkan urusan mereka yang kesukaran. Zakat dapat membuka jalan bagi mereka yang kesempitan.








.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.