Tugas Amil bukan setakat bulan Ramadhan sahaja
Mungkin sekarang anda berada di rumah atau dalam 'mood' percutian. Biasalah, rata-rata dari kita akan menggunakan kesempatan bercuti Sabtu dan Ahad untuk memenuhi keperluan peribadi dan keluarga.
Namun, sebahagian daripada kami harus bekerja untuk memenuhi keperluan ummah atau asnaf khususnya. Mereka yang bertugas mencari dana zakat akan terus memperhebat gerak kerja dan promosi, dan mereka yang bertugas mengagih pula akan terus menggiatkan usaha mencari asnaf-asnaf yang masih memerlukan.