Ziarah Pesakit Kanser Darah
Ipoh, 21 Jun 2016 - "Setiap UJIAN yang Allah bagi pasti ada HIKMAHnya. Semakin Allah SAYANG kepada seseorang hambanya, semakin KUAT UJIAN buatnya...."
Nurul Nadia, 23 tahun diuji dengan cabaran yang cukup kuat apabila disahkan menghidapi kanser darah tahap pertama selepas melahirkan anaknya yang kini berusia 2 tahun.
Beliau memiliki seorang suami yang cukup tabah dan sayangkan beliau. Suami beliau memohon cuti untuk menjaga beliau setelah disahkan koma pada 15 Jun 2016 akibat mengalami pendarahan dalam otak.
Semoga Allah mengurniakan kesabaran, ketabahan dan kekuatan buat keluarga ini. Semoga Puan Nurul Nadia kuat dan diberi kesembuhan.