MAIPk Menyantuni Pesakit Kencing Manis
Klebang Jaya, 10 Jun 2016 - Alhamdulillah, SKUAD PRIHATIN ASNAF MAIPk telah turun ke KLEBANG JAYA bagi melihat keadaan seorang mak cik yang telah diviralkan.
Mak cik tersebut menghidap penyakit kencing manis dan masalah penglihatan mata yang agak kabur. Beliau kini tinggal bersama seorang anak lelaki dan hanya mempunyai pendapatan dari pencen LLN sebanyak RM 380.00 sebulan.
Pihak MAIPk telah menyumbangkan sejumlah wang bagi meringankan beban mak cik ini sekeluarga.
InsyaAllah, pihak MAIPK akan berusaha membantu makcik sekeluarga. Sama-sama kita doakan semoga kesihatan makcik ini bertambah baik dan dapat menikmati bulan Ramadhan yang mulia ini.