Jejak Asnaf di Kg. Gajah
Kampung Gajah, 30 Mei 2016 - Skuad Prihatin Asnaf (SPA) MAIPk yang diketuai Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Ustaz Bakri bin Lee meneruskan perjalanan program jejak asnaf ke Kg.Gajah Perak. SPA MAIPk berjaya menemui sebuah keluarga yang memerlukan bantuan bina rumah di Kg. Ulu Dedap, Kg. Gajah.
MAIPk telah menyumbangkan bantuan sara diri bagi menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba. MAIPk akan mengusahakan sebuah rumah baru untuk Encik Kasim bin Sharani sekeluarga. Semoga bantuan dan amanah zakat yang dihulurkan dapat meringankan beban Encik Kassim sekeluarga.