• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Sumbangan MAIPk kepada keluarga warga emas

Chemor, 21 April 2016 - Skuad Prihatin Asnaf (SPA) MAIPk ke Kg Batu 9, Jalan Ipoh Chemor bagi menziarahi sebuah rumah asnaf. Encik Sugiman bin Jonoh, 70 tahun. Beliau tidak bekerja dan mempunyai 6 orang anak. Bilangan isi rumah sebanyak 6 orang ( pemohon, kakak berusia 72 tahun, adik perempuan berusia 65 tahun, 64 tahun, 62 tahun dan seorang adik lelaki berusia 50 tahun). Pendapatan isi rumah ini hanya bergantung kepada penjualan buah pinang dan mengambil upah menjahit baju yang mana pendapatan yang diperolehi sekitar RM500 hingga ke RM600 sebulan.

Rumah pemohon sudah berusia 90 tahun dan tiada bekalan air. Mereka hanya menggunakan air telaga untuk keperluan makan, minum dan mandi.Pihak SPA MAIPk menyalurkan sumbangan zakat sebanyak RM300.00 untuk menampung sementara keperluan ubat-ubatan dan makan minum keluarga ini. Keperluan sebenar keluarga ini telah dikenalpasti dan akan diangkat ke mesyuarat Jawatankuasa Baitulmal Pertengahan untuk pertimbangan sewajarnya.








.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.