MAIPk menyantuni asnaf Muallaf
Ipoh 12 April 2016 - Skuad Prihatin Asnaf MAIPk telah menyantuni seorang asnaf muallaf sebatang kara (tiada waris) yang telah ditimpa musibah akibat terjatuh di bilik air. Tangan kanannya telah patah dan kaki sebelah kirinya juga tercedera. Justeru, Skuad Prihatin Asnaf MAIPk telah membiayai kos rawatan tangan sebelah kanannya yang berjumlah RM500.00 kepada pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Perak.