Bengkel Pengemaskinian Data Sistem Maklumat Imam dan Masjid (SISMIM) Negeri Perak
08-10 Mac 2016 Unit Pembangunan Ummah BHP MAIPk telah mengadakan satu bengkel pengemaskinian data sistem maklumat imam dan masjid (SISMIM) bagi keseluruhan Negeri Perak. Bengkel bertempat di Hotel Copthorne Orchid, Pulau Pinang ini melibatkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), dan Penolong Pegawai Masjid Daerah (PPMD). Tujuan bengkel SISMIM diadakan supaya dapat mengemaskini jumlah masjid dan surau dalam menunaikan fardhu solat Jumaat di Negeri Perak.