• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

SEMINAR PENGURUSAN HARTA PUSAKA

IPOH, 17 Ogos 2026 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) melalui kerjasama Unit Pengurusan Risiko,Kualiti & Integriti dan Bahagian Undang-Undang telah menganjurkan Seminar Pengurusan Harta Pusaka bertempat di Dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan.

Seminar ini telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Muhammad Fadzil ‘Athif bin Khairuddin, Peguam Syarie daripada Tetuan Hasanuddin Syazwani & Ghazali yang juga merupakan Panel Peguam Syarie MAIPk.

Penganjuran seminar ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan pemahaman dalam kalangan pekhidmat MAIPk mengenai kepentingan pengurusan harta pusaka menurut perspektif perundangan Islam. Program ini turut memberi pendedahan berkaitan prosedur dan kaedah pengurusan harta pusaka yang teratur, sekali gus membantu mengelakkan pertikaian serta memastikan hak waris dapat ditunaikan dengan sempurna mengikut hukum syarak.

Selain itu, seminar ini menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman berhubung isu-isu berkaitan faraid, hibah, wasiat dan harta sepencarian, termasuk cabaran yang sering dihadapi dalam pengendalian kes-kes berkaitan harta pusaka. Perkongsian tersebut diharap dapat memperkukuhkan kefahaman peserta terhadap peranan dan tanggungjawab setiap pihak dalam memastikan pengurusan harta pusaka dilaksanakan secara sistematik, telus dan berkesan.

Penganjuran seminar ini mencerminkan komitmen berterusan MAIPk dalam memperkasakan budaya ilmu serta memperkukuh kesedaran warga kerja terhadap kepentingan perancangan dan pengurusan harta pusaka. Inisiatif ini juga selaras dengan usaha MAIPk untuk melahirkan pekhidmat yang lebih peka dan berpengetahuan terhadap isu-isu semasa berkaitan perundangan Islam, demi memberikan kefahaman yang tepat kepada masyarakat serta memastikan kebajikan umat Islam terus terpelihara.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.