• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • MAIPk SERAH PERUNTUKAN PROGRAM YEK E'ELEK BACAK SK CHENEIN, SG. SIPUT (U)

MAIPk SERAH PERUNTUKAN PROGRAM YEK E'ELEK BACAK SK CHENEIN, SG. SIPUT (U)

KUALA KANGSAR, 11 Ogos 2026 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) hari ini menyerahkan peruntukan RM14,710.00 kepada Masjid Ubudiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar bagi pelaksanaan Program Yek E'elek Bacak Sekolah Kebangsaan Chenein, Sungai Siput (U) dalam satu majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar.

MAIPk telah diwakili oleh Pengurus Besar MAIPk Zon Timur, Encik Zul-Azri bin Hosaini, menyempurnakan penyerahan peruntukan kepada rakan-rakan strategik program berkenaan sebagai tanda komitmen MAIPk dalam memperkasa pembangunan pendidikan masyarakat komuniti Orang Asli.

Program Yek E'elek Bacak merupakan satu inisiatif yang dilaksanakan hasil kerjasama pelbagai pihak bagi meningkatkan tahap literasi dan pencapaian pendidikan murid-murid di Sekolah Kebangsaan Chenein, Sungai Siput (U).

MAIPk bertindak sebagai penaja utama program tersebut melalui penyediaan peruntukan bagi memastikan aktiviti dan pelaksanaannya dapat dijalankan secara berkesan. Bagi melancarkan lagi pelaksanaan program ini, penganjur program iaitu Masjid Ubudiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar turut menyalurkan dana tambahan sebanyak RM2,650.00.

Majlis turut dihadiri Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar, Toh Maharaja Indera Dato' Dr. Haji Khairil Anuar bin Arshad, wakil pengurusan Masjid Ubudiah, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar, Jabatan Kemajuan Orang Asli, Universiti Sultan Azlan Shah, serta pihak Sekolah Kebangsaan Chenein.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.