• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • 33 BELIA ASNAF MAIPk MELANGKAH KE INDUSTRI KIMPALAN DAN AUTOMOTIF EV

33 BELIA ASNAF MAIPk MELANGKAH KE INDUSTRI KIMPALAN DAN AUTOMOTIF EV

IPOH, 27 Julai 2026 – Seramai 33 peserta TVET MAIPk telah dilepaskan hari ini bagi mengikuti Kursus Kimpalan FCAW 3G dan 4G serta Kursus Automotif Kenderaan Elektrik (EV) dan Hibrid. Kedua-dua kursus tersebut menawarkan pensijilan profesional dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf industri, selain memenuhi permintaan pasaran pekerjaan semasa. Majlis Pelepasan Peserta TVET MAIPk dan Sesi Inspirasi Diri telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Bahagian Pemerkasaan Asnaf MAIPk, Encik Amirudin bin Osman.

Menerusi pendekatan Place & Train, MAIPk memastikan setiap peserta bukan sahaja menerima latihan kemahiran, malah ditawarkan peluang pekerjaan yang telah dikenal pasti bersama pihak industri selepas tamat latihan. Sepanjang tempoh pengajian, peserta menerima tajaan penuh melalui dana zakat yang meliputi yuran pengajian, penginapan, makan minum dan elaun sara hidup bulanan.

Pada tahun 2026, MAIPk menyasarkan penyertaan seramai 1,200 belia asnaf dalam 37 kursus TVET yang dirancang merangkumi pelbagai sektor industri berpotensi tinggi. Antaranya termasuk bidang minyak dan gas, automasi industri, pembinaan, automotif serta perkapalan. Kesemua kursus berkenaan ditaja sepenuhnya dan disertakan dengan jaminan penempatan pekerjaan selepas tamat latihan.

Peluang menyertai TVET MAIPk masih terbuka bagi beberapa kursus yang menawarkan tajaan penuh, pensijilan profesional dan jaminan penempatan pekerjaan. Belia asnaf yang berminat diseru agar merebut peluang ini untuk membina masa depan melalui latihan kemahiran yang memenuhi keperluan industri.

MAIPk percaya bahawa pelaburan dana zakat dalam pembangunan modal insan melalui TVET merupakan antara pendekatan terbaik untuk memutuskan rantaian kemiskinan secara lestari. Berbekalkan ilmu, kemahiran dan peluang kerjaya yang disediakan, belia asnaf mampu melangkah lebih jauh sebagai individu yang produktif, berdikari dan berdaya maju.

BERMINAT MENYERTAI TVET MAIPk?

Jangan tunggu sehingga pengambilan ditutup. Hubungi Hotline TVET MAIPk di 019-571 1384 atau Pejabat MAIPk di 05-208 4000 untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat pendaftaran. Masa depan anda bermula dengan satu langkah hari ini!


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.