• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk SERAH BANTUAN PERUBATAN BANTU RINGANKAN BEBAN ASNAF

GERIK – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Cawangan Gerik terus komited membantu golongan asnaf apabila menyalurkan Bantuan Perubatan kepada beberapa penerima yang memerlukan di sekitar daerah Gerik. Pengurus MAIPk Cawangan Gerik, Shamsul Anuar bin Zakaria turun padang menziarahi serta menyerahkan Bantuan Perubatan bagi kegunaan harian penerima sekali gus membantu meringankan beban kewangan keluarga terlibat.

Antara penerima bantuan ialah Muhammad Haryzan bin Ahmad Khadri dari Kampung Bandariang, menerima bantuan susu khas dan mesin penyedut kahak berjumlah RM 5,640.00. Seterusnya Mohamad Pouad bin Suliman dari Felda Bersia menerima bantuan lampin pakai buang berjumlah RM2,236.00 serta Mohd Rezman bin Ahmad dari Kampung Padang Stang turut menerima bantuan lampin pakai buang sebanyak RM2,064.00.

Penyaluran bantuan ini diharap dapat membantu memenuhi keperluan perubatan penerima selain meningkatkan kualiti hidup mereka yang terkesan dengan masalah kesihatan berpanjangan.

Inisiatif ini juga mencerminkan komitmen berterusan MAIPk dalam memastikan kebajikan golongan asnaf terus diberi perhatian, khususnya dalam aspek kesihatan.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.