• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • PENGURNIAAN WARKAH PENGHARGAAN ATAS PENYERAHAN ASET WAKAF HOTEL SERI WARISAN, TAIPING BERSEMPENA MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN BERSAMA DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN, SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN AZL

PENGURNIAAN WARKAH PENGHARGAAN ATAS PENYERAHAN ASET WAKAF HOTEL SERI WARISAN, TAIPING BERSEMPENA MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN BERSAMA DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN, SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN AZL

KUALA LUMPUR, 22 Oktober 2025 - Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur Lah telah berkenan mencemar duli mengurniakan Warkah Penghargaan kepada Jabatan Wakaf, Haji dan Zakat (JAWHAR) yang diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah JAWHAR, YBrs. En. Haiorolanuar bin Mohamad.

Pengurniaan ini sebagai tanda penghargaan di atas komitmen pembinaan dan penyerahan Hotel Seri Warisan (Hotel Wakaf Taiping) Fasa 2, Taiping di Istana Perak, Changkat Persekutuan, Kuala Lumpur.

Majlis turut dihadiri oleh Yang Teramat Mulia Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Azlan Muzzaffar Shah ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Dato’ Seri Mohd Annuar bin Zaini dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh.

Dalam warkah tersebut, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan menzahirkan penghargaan atas sokongan serta sumbangan JAWHAR dalam memperkasakan institusi wakaf di negeri Perak melalui pembangunan dua blok hotel wakaf menggunakan dana Rancangan Malaysia berjumlah RM42 juta. Projek ini menjadi pemangkin dan dorongan kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) untuk terus berusaha mengoptimumkan pengurusan aset wakaf agar lebih berkesan, berdaya maju dan lestari.

Semoga kerjasama erat antara JAWHAR dan MAIPk akan terus memperkukuh potensi dan memperluas sumbangan wakaf di negara ini, khususnya di Negeri Perak Darul Ridzuan.

Menjunjung kasih, Tuanku !





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.