KUNJUNGAN HORMAT MAAHAD TAHFIZ MADRASATUL MAARIF KE MAIPk
IPOH, 7 Oktober 2025 – Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), Syamsul Hazeman bin Md Salleh menerima kunjungan hormat daripada delegasi Maahad Tahfiz Madrasatul Maarif yang diketuai oleh Pengerusi Maahad Tahfiz, Ismail bin Ahmad bagi membincangkan potensi kerjasama dalam aspek pembiayaan pendidikan melalui sumber zakat dan wakaf.
Pertemuan ini turut memberi ruang kepada perbincangan mengenai pematuhan syariah dalam projek pendidikan serta peluang pembangunan ekonomi berasaskan wakaf yang boleh dimanfaatkan bersama.

