• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • MAIPk Bakal Lahirkan 50 Juruteknik Fiber Optik Melalui Latihan TVET

MAIPk Bakal Lahirkan 50 Juruteknik Fiber Optik Melalui Latihan TVET

IPOH, 22 September 2025 – Seramai 50 belia asnaf melakar langkah bersejarah apabila mereka ditaja sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) melalui Program “Place & Train” Kursus Juruteknik Fiber Optik dalam bidang telekomunikasi.

Peserta yang dipilih dari seluruh daerah di Negeri Perak akan menjalani latihan intensif di TM Training Centre Taiping sebelum ditempatkan terus ke industri sebenar. Program ini bukan sahaja menyediakan latihan kemahiran, malah turut memberi jaminan kerjaya serta membuka laluan baharu ke arah peningkatan taraf hidup asnaf.

Bersempena pelepasan peserta kursus ini, MAIPk turut menganjurkan Sesi Sembang Santai bertajuk “Dari Mimpi Menjadi Realiti, Langkah Kita Bermula di Sini.” Sesi ini menjadi platform motivasi agar peserta menanam tekad keluar daripada belenggu kemiskinan melalui ilmu dan kemahiran.

Sembang santai ini dikendalikan oleh Pengurus Besar Bahagian Pemerkasaan Asnaf, Amirudin bin Osman bersama wakil penyedia latihan, SRC Global Resources Sdn. Bhd. yang tampil sebagai ahli panel perkongsian pengalaman.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman bin Md Salleh, yang menyampaikan kata-kata perangsang serta sokongan penuh kepada para peserta agar terus yakin melakar masa depan yang lebih gemilang.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.