MAIPk Uruskan 53 Mahasiswa Ke Mesir & Jordan
Majlis Agama Islam dan ’Adat Melayu Perak (MAIPk) terus komited dalam bidang pendidikan dengan menaja seramai 32 orang mahasiswa ke Mesir dan Jordan bagi menyambung pengajian dalam bidang Pengajian Islam bagi sesi 2025/2026.
Keseluruhan nilai tajaan di bawah Skim Dermasiswa Luar Negara berjumlah RM490,000 termasuk pembiayaan Kelas Bahasa dan tambang perjalanan. Kumpulan pertama seramai 51 orang telah berangkat ke Mesir pada 17 September 2025, manakala kumpulan kedua seramai 2 orang telah berlepas ke Jordan pada 20 September 2025.
Turut sama mengiringi mereka dalam perjalanan ialah Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Suhaimi bin Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, AF Ustaz Hj Saiful Azizi bin Abdul Manap dan Pengurus Bahagian Khidmat Pengurusan, Razif bin Mokhtar bagi memastikan kelancaran perjalanan ke destinasi.
Langkah ini sejajar dengan peranan MAIPk dalam memperkasa modal insan melalui sokongan pendidikan, khususnya dalam melahirkan generasi ilmuan Islam yang mampu menyumbang kembali kepada pembangunan ummah.







