Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bayar zakat perniagaan RM1,950,541.44
Pada 4 Disember 2015 - Satu Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah diadakan di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar. DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah perkenan menerima cek zakat perniagaan berjumlah RM1,950,541.44 daripada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS). NAFAS telah diwakili oleh YB Dato Seri Haji Saipolbahari bin Haji Suib selaku Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS Majlis tersebut turut disaksikan oleh Yang Dipertua MAIPk YBhg. Tan Sri Dato Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin dan YBhg. Dr. Amiruddin bin Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif, MAIPk serta Ustaz Bakri bin Lee, Pengurus Besar Bahagian Zakat, MAIPk. Semoga komitmen yang berterusan daripada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dapat diteruskan bagi memberi faedah yang lebih luas kepada golongan-golongan asnaf yang memerlukan bantuan.