Bengkel i Syura
Pusat Latihan UiTM Kg Gajah, 24 26 November 2015 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) melalui Unit Agihan, Bahagian Zakat dengan kerjasama Unit Teknologi Maklumat, MAIPk telah mengadakan satu bengkel khas untuk mendalami sistem i-syura yang baru.Sistem tersebut yang akan menggantikan sistem e-agihan. Bengkel tersebut bertujuan untuk memberikan pendedahan bagaimana pengoperasian sistem i-syura tersebut. Peserta terdiri daripada kakitangan yang terlibat secara langsung dengan tugas-tugas memproses permohonan bantuan asnaf daripada ibu pejabat dan daerah-daerah. Ini kerana kemahiran penggunaan sistem tersebut adalah perlu bagi mewujudkan persekitaran kerja yang efisyen dan efektif. Pengenalan kepada sistem ini akan memberikan impak yang besar dalam proses penyampaian perkhidmatan yang lebih efisyen kepada umat Islam di Negeri Perak.