Kursus Pengurusan Stress
Kulim, 17 19 November 2015 - Bahagian Kewangan MAIPk telah mengadakan Kursus Pengurusan Stress bagi memantapkan lagi motivasi diri di kalangan pengkhidmat-pengkhidmat MAIPk khususnya yang terlibat dengan kerja-kerja pengurusan kewangan. Kursus tersebut telah diadakan di Sedim Rainforest Resort, Kulim, Kedah. Peserta kursus terdiri daripada staff-staff yang terlibat dengan kerja-kerja pengurusan kewangan sama ada di Ibu Pejabat dan di daerah-daerah. Pelbagai aktiviti dalaman dan luaran yang melibatkan mental dan fizikal telah diadakan bagi memantapkan semangat berpasukan serta meningkatkan tahap keyakinan diri telah diadakan. Semoga kursus yang diadakan dapat memberikan output yang terbaik dalam memastikan pencapaian dari aspek yang melibatkan pengurusan kewangan adalah mencapai sasaran yang ditetapkan.