• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • PROGRAM MELESTARIKAN ZAKAT DAN PENCUKAIAN DALAM EKONOMI KOPERASI

PROGRAM MELESTARIKAN ZAKAT DAN PENCUKAIAN DALAM EKONOMI KOPERASI

KUALA KANGSAR, 28 November - Majlis Agama Islam dan `Adat Melayu Perak (MAIPk) dengan kerjasama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) telah menganjurkan Program Melestarikan Zakat dan Pencukaian Dalam Ekonomi Koperasi melibatkan hampir 40 orang Ahli-Ahli Koperasi di bawah seliaan ANGKASA.

Kerjasama ini bertujuan memberi kesedaran kepada koperasi-koperasi di bawah ANGKASA mengenai usaha yang dilaksanakan oleh MAIPk dalam menyalurkan bantuan zakat secara efektif disamping meningkatkan pemahaman tentang kepentingan berzakat serta manfaat zakat kepada asnaf yang memerlukan bantuan.

Antara pengisian program ini adalah lawatan rasmi ke Sekolah Agama Rakyat Orang Asli Nurul Hidayah,Sungai Siput. Sekolah yang memulakan operasinya pada tahun 1994 ini merupakan satu-satunya sekolah aliran agama yang dikhususkan kepada Orang Asli dan dibiayai sepenuhnya oleh MAIPk. Selanjutnya, para jemputan dibawa ke Syantik Salon SPA dan Pekebun Fertigasi, usahawan di bawah Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (PROPER A) yang berjaya menjana pendapatan daripada dana zakat yang disalurkan.

Pada sebelah malam pula, para peserta mengikuti perkongsian kejayaan dan perjalanan kerjaya oleh Akak Lejen dan KIR Barber Shop sepanjang bergelar usahawan hasil program PROPER A. Perasmian penutup program disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Perak, Tuan Haji Mohamed Shafie Abd. Karim.

MAIPk akan terus komited menyalurkan maklumat serta memberikan perkhidmatan terbaik dengan mengurangkan jurang sosioekonomi masyarakat melalui pelbagai program yang lebih strategik dan komprehensif seterusnya memperbaiki taraf kehidupan asnaf di Perak.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.