PROGRAM PEMANTAUAN PEMBEKALAN MAKANAN BERKHASIAT ANAK-ANAK RUMAH BACA ROYAL BELUM
GERIK, 26 November - Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) dengan kerjasama Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNPk) pada hari ini mengadakan ziarah pedalaman dan meninjau program pembekalan makanan berkhasiat kepada 68 anak-anak dalam program rumah baca di Kg. Bongor, Kg. Tan Hain dan Kg. Hibul di Royal Belum.
MAIPk menyediakan bantuan bekalan makanan 𝑟𝑒𝑎𝑑𝑦-𝑡𝑜-𝑒𝑎𝑡 𝑚𝑒𝑎𝑙 sebagai pendedahan kepada komuniti anak Orang Asli untuk mendapat makanan bernutrisi, seimbang dan berkualiti. Program ini juga sebagai dorongan kepada anak2 orang Asli suku Jahai di sana supaya hadir ke Rumah Baca bagi mendapatkan pendidikan awal sebelum ke alam persekolahan.
Program yg dijalankan oleh Bahagian Agihan Zakat melalui Unit Pemerkasaan Pendidikan Asnaf turut disertai oleh Unit Perhubungan Korporat, Pejabat MAIPk Daerah Gerik serta wakil pihak Perbadanan Taman Negeri.
MAIPk komited sebagai pencetus transformasi pendidikan komuniti Orang Asli negeri Perak selari pelan yang digariskan dalam Perak Sejahtera 2030.Semoga dana zakat yang disalurkan kepada komuniti Orang Asli berjaya melahirkan generasi yang berpendidikan dan cemerlang.