Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh Malaysia Building Society Berhad (MBSB) Perak
Pada 10 Julai 2015 (Jumaat), satu Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh Malaysia Building Society Berhad (MBSB) telah diadakan di Bilik As-Shafie, Tingkat 1, Bangunan Kompleks Islam Darul Ridzuan,Ipoh.
Malaysia Building Society Berhad (MBSB) telah diwakili oleh Pengurus Wilayah, Encik Nik Khairol Azuwan Mhd Yazin. Zakat perniagaan berjumlah RM RM43,377.00 telah diserahkan kepada Encik Rohizan bin Haji Omar, Pengurus Besar, Bahagian Khidmat Pengurusan MAIPk mewakili MAIPk. Majlis tersebut turut disaksikan oleh Ustaz Bakri bin Lee, Pengurus Besar Bahagian Zakat, MAIPk.
Semoga komitmen yang berterusan dari institusi kewangan dapat diteruskan.