BENGKEL PENGURUSAN RISIKO ANTI-RASUAH MAIPk BIL 1/2024
Shah Alam, 27 September – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) mengadakan bengkel pengurusan risiko anti-rasuah MAIPk bil 1/2024 bermula 25 sehingga 27 September 2024 bertujuan membangunkan Pelan Risiko Rasuah dan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah dengan dibantu oleh juruperunding dari Institut Integriti Malaysia.
Bengkel ini diketuai oleh Puan Noorwahida binti Abu Seman, Pengurus Unit Integriti dan Kualiti dan disertai 16 orang perkhidmat mewakili setiap bahagian dan unit di MAIPk.
Semoga seluruh warga MAIPk dapat memberi komitmen sepenuhnya bagi menjayakan Pengurusan Anti-Rasuah MAIPk. Usaha penerapan budaya integriti ini harus dipikul dan dihayati bersama bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang telus dan bebas rasuah. Budaya kerja berintegriti akan meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan MAIPk. Semoga usaha ini dapat memartabatkan integriti seterusnya menjadikan MAIPk sebuah organisasi bebas rasuah.