KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS AGAMA ISLAM JOHOR
IPOH, 30 Ogos- Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) diwakili oleh Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Encik Rohizan bin Hj. Omar menerima kunjungan hormat delegasi dari Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) yang diketuai oleh Amin Baitulmal Daerah Johor Bahru, Encik Mohd Firdaus bin Abdul Hamid.
Dalam kunjungan hormat ini, antara perkara yang dibincangkan adalah perkongsian maklumat daripada MAIPk dan MAIJ berkaitan pengurusan agihan zakat, wakaf dan mal.