LAWATAN KERJA MAIPk KE ARKIB NEGARA MALAYSIA
IPOH, 21 Ogos- Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) telah berkunjung ke Arkib Negara Malaysia (ANM) untuk mendapatkan pendedahan dan khidmat kepakaran dalam pendokumentasian dan pemuliharaan serta pendigitalan bahan untuk Perpustakaan Penyelidikan MAIPk.
Delegasi MAIPk diketuai oleh Pengurus Bahagian Perhubungan Korporat, Muhammad Naquib bin Mohamd Tarmizi.