Peluang pekerjaan bersama IJN sebagai Pembantu Perawatan Pesakit
13 Ogos 2024 - 31 orang calon hadir untuk sesi temuduga jawatan Pembantu Perawatan Pesakit di Institut Jantung Negara (IJN) di Kompleks Islam Darul Ridzuan.
Melalui Program Latihan Kemahiran Asnaf tahun 2024, MAIPk menjalinkan kerjasama dengan IJN College untuk melatih belia asnaf dalam bidang kesihatan. Peserta yang berkelayakan akan ditawarkan bekerja di IJN bermula pada Januari 2025.
Peluang ini masih terbuka. Belia asnaf negeri Perak yang berminat dan memerlukan pekerjaan dijemput untuk memohon.
Nantikan iklan tawaran daripada kami!!!