KURSUS TERNAKAN LEBAH KELULUT TAHUN 2024
GERIK, 27 Julai - Kursus Ternakan Lebah Kelulut di bawah Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (PROPER A) membuka tirai kursus jangka panjang bagi tahun 2024 selama 2 hari bermula 26 Julai.
Seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada golongan asnaf di sekitar daerah Hulu Perak terpilih untuk mengikuti kursus mentor mentee selama 6 bulan.
Beberapa fasa kursus yang akan dilalui oleh para peserta termasuk kursus dan latihan sistematik daripada penyedia latihan bertauliah, program hijrah minda, pembekalan peralatan bg memulakan projek ternakan lebah kelulut, pemantauan perniagaan selama 4 bulan dan penambahbaik perniagaan.
Pihak MAIPk telah melantik syarikat My Iqra Solution sebagai penyedia latihan bg kursus ini di samping turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Pertanian Negeri Perak.