Majlis Penyerahan Sumbangan Projek Pembaikan Dan Naiktaraf Surau Al Abidin, SMK Rungkup
BAGAN DATUK, 9 Julai 2024 - Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) Daerah Bagan Datuk telah menganjurkan Majlis Penyerahan Sumbangan Projek Pembaikan dan Naiktaraf Surau Al Abidin, SMK Rungkup serta ziarah asnaf penerima bantuan MAIPk Daerah Bagan Datuk.
Sumbangan berjumlah RM30,000.00 telah disampaikan oleh Orang Besar Jajahan Bagan Datuk, YDH. Toh Seri Lela Paduka Dato' Dr. Khalid bin Ismail diiringi oleh Timbalan Mufti Negeri Perak, Dato’ Haji Zamri bin Hashim kepada Pengetua SMK Rungkup. Program diteruskan lagi dengan menziarahi dan menyampaikan bantuan sekaligus sebanyak RM500.00 kepada dua buah keluarga asnaf di sekitar Bagan Datuk.
Turut hadir pada program tersebut Anggota MAJLIS, Encik Muhammad Puhaz bin Saleh, Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Encik Rohizan bin Haji Omar, Pengurus Bahagian Agihan Zakat, Encik Noraizad bin Rosli, Pegawai Baitulmal Daerah Bagan Datuk, Encik Mohd Faizul Nizam bin Mohd Nasir, serta petugas zakat di ibu pejabat dan daerah.
Sesungguhnya sedikit daripada anda besar ertinya buat mereka meneruskan kehidupan. Terima kasih pembayar zakat, MAIPk akan terus memberikan perkhidmatan terbaik untuk mengurangkan jurang sosio-ekonomi dalam masyarakat seterusnya meringankan beban dan memperbaiki taraf kehidupan asnaf di Perak.