PROGRAM JUALAN IKAN MURAH KEPADA PENDUDUK TEMPATAN SERTA AGIHAN KOTAK MAKANAN DAN IKAN PERCUMA KEPADA 200 ORANG ASNAF DI KAMPAR
KAMPAR, 8 Jun 2024 - Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) dengan kerjasama AJK Masjid An Nur menganjurkan Program Jualan Ikan, Udang, Sotong secara murah kepada penduduk tempatan . Turut diadakan agihan kotak makanan dan ikan percuma kepada 200 orang asnaf yang melibatkan belanja agihan zakat sehingga RM20 ribu.
Turut hadir memberi sokongan Orang Besar Jajahan Kampar YDH. Toh Sedewa Raja Dato' Abdul Talib bin Abd. Fahmi dan Pegawai Daerah Kampar, Tuan Nazrul Fazami bin Mohamad. Program ini juga dimeriahkan lagi dengan penyertaan team refleksologi dan urutan PROPER A yang membuka kaunter perkhidmatan mereka sepanjang jualan berlangsung.
InshaAllah MAIPk akan terus komited membantu penduduk negeri Perak mengurangkan kos sara hidup ummah dengan memperbanyakkan lagi program seperti ini di masa akan datang.