• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • MAIPk menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada asnaf di Taiping

MAIPk menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada asnaf di Taiping

TAIPING, 21 Mei 2024 - Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) Daerah Taiping telah menganjurkan Program Ziarah Asnaf dan menyantuni 5 buah keluarga asnaf seterusnya menyampaikan bantuan yang diperlukan.

Sebanyak RM191,162.76 dana zakat telah diagihkan melibatkan 2 buah kediaman berjumlah RM116,500 di bawah skim bantuan bina rumah dan baik pulih rumah, bantuan perubatan berjumlah RM56,162.76 untuk membeli lampin pakai buang, susu khas, pembekalan ubat ribociclib succinate kepada pesakit kanser serta bantuan modal sampan dan enjin berjumlah RM18,500.

Ziarah asnaf pada hari ini dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh bersama Orang Besar Jajahan Larut Matang dan Selama, YABhg. Orang Kaya Menteri Paduka Tuan, Dato’ Seri Haji Wan Mohd. Isa bin Dato’ Haji Wan Mohd. Razalli. Turut menyertai ziarah , Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) MAIPk, Puan Wan Maizura binti Wan Zahari, Anggota MAJLIS, Encik Muhammad Puhaz bin Saleh, Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Encik Rohizan bin Haji Omar, Pengurus Besar Bahagian Perhubungan Korporat, Encik Mohd Saufi bin Ibrahim, Penghulu Besar Negeri Perak, Dr. Mohd Sani bin Kamaruddin, Pegawai Baitulmal Daerah Taiping, Encik Zulfadli bin Baharum, petugas zakat di ibu pejabat dan daerah.

Terima kasih pembayar zakat. MAIPk akan terus memberikan perkhidmatan terbaik untuk mengurangkan jurang sosio-ekonomi dlm masyarakat seterusnya meringankan beban dan memperbaiki taraf kehidupan asnaf di Perak. Sesungguhnya sedikit daripada anda besar ertinya buat mereka meneruskan kehidupan.






.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.