Program ziarah asnaf dan penyerahan bantuan sekitar Bagan Serai.
BAGAN SERAI, 29 April 2024 - Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) Daerah Bagan Serai telah menganjurkan program ziarah asnaf dan penyerahan bantuan kepada 5 buah keluarga asnaf sekitar Bagan Serai.
Sebanyak RM146,850 dana zakat telah diagihkan melibatkan 2 buah kediaman baru berjumlah RM135,500 di bawah skim bantuan bina rumah, bantuan perubatan berjumlah RM11,050 untuk membeli lampin pakai buang, katil, susu ensure gold, susu pediasure dan bantuan kewangan bulanan berjumlah RM300. Program ini merupakan salah satu inisiatif MAIPk bagi memastikan kumpulan asnaf yang berhak menerima zakat dibantu sebaiknya.
Turut hadir pada program tersebut Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Encik Rohizan bin Haji Omar, Pengurus Bahagian Agihan Zakat Encik Noraizad bin Rosli dan Pegawai Baitulmal Daerah Bagan Serai, Encik S.Daud bin Shehamy dan Pegawai Baitulmal Daerah Parit Buntar, Encik Amirudin bin Osman.
MAIPk akan terus memberikan perkhidmatan terbaik supaya dana zakat yang disalurkan memberi manfaat seterusnya memperbaiki taraf kehidupan asnaf di Perak.