Kadar Zakat Fitrah Negeri Perak 2024 (1445H)
Atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan kadar zakat fitrah negeri Perak bagi tahun 1445 / 2024 seperti ditunjukkan jadual berikut :
Menurut pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, kadar bayaran zakat fitrah adalah sebanyak RM8.00 dan digalakkan bagi yang menggunakan beras wangi atau yang seumpama / setara sebanyak RM16.00 dan bagi yang menggunakan beras basmathi atau seumpamanya / setara sebanyak RM24.00.
KAEDAH BAYARAN ZAKAT FITRAH
Bayaran melalui amil zakat fitrah
Bayaran melalui amil zakat fitrah boleh dibuat melalui kaedah berikut :
Tempat bayaran yang dibuka oleh amil zakat fitrah sama ada di masjid, surau, lokasi tumpuan orang ramai seperti kompleks membeli belah, pasar terbuka, stesen minyak dan premis perniagaan serta pejabat kerajaan atau swasta yang terpilih.
Amil zakat fitrah bertemu secara langsung dengan pembayar. Kaedah ini boleh dilaksanakan oleh amil zakat fitrah dengan bergerak dari rumah ke rumah bagi memudahkan ahli kariah melaksanakan ibadah zakat fitrah terutama warga emas.
Bayaran dan penyata zakat fitrah secara dalam talian (online)
Bayaran zakat fitrah boleh dibuat melalui pilihan medium bayaran berikut :
- FPX MAIPk dengan melayari https://ezakat.maiamp.gov.my/ ;
- Aplikasi GoPayz;
- Aplikasi Shopee; atau
- Maybank2u
WAKTU BAYARAN ZAKAT FITRAH
i. Waktu wajib - Apabila terbenam matahari akhir Ramadan sehingga terbit matahari satu Syawal.
ii. Waktu afdal - Sebelum solat sunat Hari Raya Aidilfitri.
iii. Waktu sunat - Sepanjang Ramadan.
iv. Waktu makruh - Selepas solat sunat Hari Raya Aidilfitri sehingga terbenam matahari 1 Syawal.
v. Waktu haram - Selepas terbenam matahari 1 Syawal.