• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Program Ziarah Asnaf dan Penyerahan Bantuan di Mukim Gerik, Mukim Kenering dan Mukim Kerunai

Program Ziarah Asnaf dan Penyerahan Bantuan di Mukim Gerik, Mukim Kenering dan Mukim Kerunai

GERIK, 20 Februari 2024 - Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak Daerah Gerik telah menganjurkan Program Ziarah Asnaf dan Penyerahan Bantuan di Mukim Gerik, Mukim Kenering dan Mukim Kerunai.

Pentadbiran MAIPk bersama YDH. Toh Muda Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda Dato' Ar.LA Meor Roslan Bin Dato’ Seri Hj. Meor Ahmad Rashidi, Orang Besar Jajahan Hulu Perak telah menziarahi dan menyantuni 6 buah keluarga asnaf seterusnya menyampaikan bantuan yang diperlukan.

Program ini merupakan salah satu inisiatif Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) bagi memastikan kumpulan asnaf yang berhak menerima zakat dibantu sebaiknya. Sebanyak RM133,118 dana zakat telah diagihkan melibatkan 2 buah kediaman baru berjumlah RM122,400 di bawah skim bantuan bina rumah, bantuan perubatan berjumlah RM2,000 untuk membeli lampin pakai buang dan tilam angin, bantuan modal iaitu mesin pengisar sambal, mesin uli tepung dan peti sejuk beku berjumlah RM5,218 dan bantuan kecemasan segera berjumlah RM3,500.

Turut hadir pada program tersebut Encik Noraizad bin Rosli, Pengurus Bahagian Agihan Zakat, Encik Zul-Azri bin Hosaini, Pegawai Baitulmal Daerah Gerik, Puan Norhasmaliana binti Ismail, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) PDT Hulu Perak, Encik Fadzlil bin Mohd Salleh, Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat serta penghulu Mukim Kenering, Mukim Gerik dan Mukim Kerunai.

MAIPk mengorak langkah proaktif membantu meringankan beban golongan asnaf dalam mengagihkan zakat dengan berkesan serta memberi impak dan manfaat kepada ummah.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.