MAIPK TERIMA ZAKAT PERNIAGAAN BERJUMLAH RM1,317,554.00
KUALA LUMPUR, 15 Februari 2024 - Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, telah berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM1,317,554.00 dalam majlis penyerahan zakat perniagaan tiga (3) buah syarikat korporat di Istana Perak, Changkat Persekutuan, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur.
Penyerahan zakat perniagaan didahului oleh CIMB Islamic Bank Berhad yang diwakili oleh Pegawai Kanan Perbankan, Kumpulan Perbankan Borong, CIMB Bank Berhad, Tuan Zainul Bahrin bin Tan Sri Hashim dengan bayaran berjumlah RM600,000.00, disusuli oleh Telekom Malaysia yang diwakili oleh Pengurus Besar Regulatory & Engagement TM Perak, Tuan Haji Badrul Hisham bin Bahari dengan jumlah RM542,590.00.
Turut menunaikan zakat perniagaan ialah THP Utara Facilities Sdn. Bhd. yang diwakili oleh Pengerusi THP Utara Facilities Sdn. Bhd., Dato’ Syed Naqiz Shahabuddin bin Syed Abdul Jabbar, sebanyak RM174,964.00.
Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Yang Dipertua MAIPk, YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Annuar bin Zaini, YAA. Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinuddin, YABhg. Tan Sri Dato’ Seri Panglima Mohamed Azumi bin Mohamed, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Ansary bin Ahmed dan Pegawai Yang Menjalankan Tugas Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Puan Wan Maizura binti Wan Zahari.
Layari pautan di bawah untuk berita akhbar.
https://www.kosmo.com.my/2024/02/15/sultan-nazrin-berkenan-terima-zakat-perniagaan-rm1-3-juta/
https://www.sinarharian.com.my/article/649722/3-syarikat-korporat-tunai-zakat-perniagaan-RM1.3-juta
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2270546
https://bernama.com/bm/news.php?id=2267802