16 PESERTA TAJAAN MAIPK TERIMA SIJIL KURSUS PEMBANTU DAPUR
17 Januari 2024 - Seramai 16 peserta Kursus Pembantu Dapur tajaan Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah berjaya menamatkan latihan selama 3 bulan di Puncak Jaya Edu Management Sdn Bhd (Kumpulan Pendidikan Shen Jai).
Majlis penyampaian sijil telah diadakan dan disempurnakan oleh En. Rohizan bin Hj. Omar, Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat (MAIPk), dengan diiringi oleh YDH. Toh Perdana Indera Dato’ Haji Mohamad Shaharul Hashri bin Mahmood, Pengarah Urusan Puncak Jaya Edu Management Sdn Bhd.
En. Rohizan mengucapkan sekalung tahniah kepada peserta atas usaha dan komitmen yang diberikan semasa mengikuti kursus dan latihan industri secara terus di industri makanan dan minuman yang penuh mencabar serta memerlukan kekentalan fizikal dan emosi. Beliau turut berkongsi betapa pentingnya sifat menghargai orang sekeliling yang berkorban demi kejayaan peserta terutamanya ibu bapa, tenaga pengajar dan juga pihak industri. Sifat menghargai ini dapat memupuk rasa syukur dan membina kekuatan jati diri masing-masing.
Terima kasih kepada Kumpulan Pendidikan Shen Jai kerana melatih peserta sehingga berjaya mendapat penempatan kerja setelah tamat kursus.
Semoga peserta terus komited dan mencari peluang untuk memajukan diri seterusnya keluar daripada kemiskinan melalui ilmu dan pengalaman yang diperolehi.
Saksikan video pendek pengalaman peserta-peserta selama 3 bulan menuntut ilmu kursus pembantu dapur
https://fb.watch/pK90nrJiqr/