Program Penyerahan Kelengkapan Sekolah serta Kotak Makanan
Sabtu, 6 Januari 2024 - Program Penyerahan Kelengkapan Sekolah serta Kotak Makanan kepada masyarakat Orang Asli Islam dan Muallaf diteruskan lagi di daerah Ipoh.
Sebanyak 735 kotak makan telah diagihkan kepada masyarakat Orang Asli Islam dan muallaf di Masjid An-Nur, Batu 8, Tambun. Selanjutnya seramai 480 pelajar asnaf juga menerima manfaat kelengkapan persekolahan bagi sesi persekolahan 2024.
Program ini telah disempurnakan oleh Puan Wan Maizura binti Wan Zahari, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) MAIPk.
Turut hadir pada program tersebut Tuan Haji Zakaria bin Abd. Razak, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIPk dan Encik Rohizan bin Haji Omar, Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat MAIPk.
Semoga agihan kelengkapan persekolahan serta kotak makanan membantu meringankan beban perbelanjaan keluarga terutamanya pada awal tahun.
Saksikan suasana sepanjang program berlangsung di
https://fb.watch/pK8iChy6MV/